Berabad abad lamanya, Mesir diperintah oleh raja yang menamakan dirinya Firaun. Mereka memerintah secara turun temurun. Kerana kebebasan dan kekuasaan yang ada pada raja Firaun, setiap yang menjadi raja itu, semakin lama semakin kejam dan ganas juga. Bukan saja mereka menganggap dirinya paling kuasa, malah melebihi dari itu, iaitu mereka beranggapan bahawa diri mereka itu Tuhan yang harus disembah oleh semua manusia, kerana mereka berpendapat tidak ada makhluk lain yang lebih kuasa, daripada mereka. Lebih lebih lagi terhadap bangsa asing yang hidup di negerinya iaitu Bangsa Israel yang berasal dari daerah Palestin, mereka selalu diseksa, penghidupannya disempitkan. Dengan kesalahan yang kecil, mereka dianiayai se berat beratnya. Demikianlah politik pemerintahan Firaun di waktu itu.
Pada suatu hari, tukang tenungan sendiri datang menghadap Firaun dan berkata: Akan lahir seorang anak lelaki di kalangan Bangsa Israel yang tinggal di Mesir ini. Anak itu nanti akan mengalahkan engkau dengan pemberontakan pemberontakannya dan tidak akan mengakui engkau sebagai Tuhan dan rajanya lagi.
Mendengar itu Firaun dengan segera mengeluarkan peraturan istimewanya di mana dinyatakan bahawa setiap anak lelaki Bani Israel yang dilahirkan pada waktu itu harus dibunuh, kecuali anak anak perempuan saja yang dibiarkan hidup. Demikianlah siasat jahat guna memusnahkan Bangsa Israel yang menetap di situ. Di waktu berlakunya undang undang itulah ibu Musa sedang mengandung dan sudah dekat melahirkan anak, iaitu Nabi Musa, anak Bani Israel yang mana peraturan itu berlaku bagi dirinya.
Alangkah sedihnya hati Yukabad, iaitu ibu Nabi Musa yang sedang mengandung dan sudah dekat waktunya melahirkan, sekalipun dia sendiri belum mengetahui apakah anaknya itu lelaki atau pun perempuan.
Dia terpaksa bersembunyi saja di rumahnya, agar jangan diketahui orang bila melahirkan anak. Dalam keadaan sedang bersembunyi itulah pada suatu hari Nabi Musa dilahirkan. Alangkah terkejutnya demi di lihat sang ibu, bahawa bayi yang dilahirkannya itu adalah seorang anak lelaki. Dia tidak berputus asa dan dia percaya juga bahawa anaknya itu akan hidup terus, sedapat mungkin akan ia pertahankan, jangan sampai menjadi korban undang undang yang dikeluarkan Firaun itu. Khabar kelahiran ini disimpannya baik baik, tidak terdengar oleh Firaun dan mata matanya. Tiga bulan lamanya bayi Musa itu dapat dijaga oleh ibunya sendiri, dengan tidak diketahui oleh Firaun dan kakitangannya.
Tetapi makin lama peraturan itu dijalankan makin bertambah keras juga. Pasukan pengintip diperbanyak, untuk mengetahui tempat dan nama tiap tiap perempuan mengandung dan anak anak yang baru lahir.
Tuhan lalu mewahyukan kepada ibu Musa, agar bayinya diletakkan ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke Sungai Nil yang mengalir di hadapan rumahnya. Dengan hati yang tenang dan sabar, ibu Musa menurutkan ajaran wahyu itu. Bayinya dimasukkan ke dalam peti, lalu dihanyutkan ke Sungai Nil. Bayi yang dihanyutkan itu diiringkan dengan mata sedih oleh saudara perempuan Nabi Musa sendiri, untuk mengetahui ke mana perginya anak bayi ini nantinya. Alangkah terkejut saudara perempuan dan ibu Nabi Musa, ketika diketahuinya, bahawa peti yang membawa bayinya itu terhenti di hadapan istana Firaun, lalu diambil oleh isteri Firaun.
Ibu Musa cemas kalau kalau bayinya dibunuh oleh Firaun. Tetapi Allah lebih berkuasa. Baru saja isteri Firaun melihat wajah bayi yang hanyut terapung katung dengan sebuah peti di dalam sungai itu, timbul cinta kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Lalu anak itu diambil dan digendongnya, dibawa dan diperlihatkannya kepada suaminya; iaitu Firaun dengan berkata: Saya suka kepada anak ini, mari dia kita jadikan anak kita sendiri.
Firaun sendiri pun lupa akan peraturan yang dikeluarkannya. Dia pun turut tertarik untuk menjadikan bayi itu menjadi anaknya sendiri. Begitulah Nabi Musa dibesarkan dan dididik di rumah musuh besarnya, dengan siapa nantinya Nabi Musa itu sendiri akan berjuang. Alangkah senang hati Yakubad melihat dan mendengar keadaan bayinya yang selamat itu, dipelihara oleh raja besar.
Sekarang Firaun dan isterinya sibuk mencari perempuan yang dapat mengasuh dan menyusui anak angkatnya itu. Banyak sudah perempuan perempuan Mesir datang melamar untuk mengasuhnya, tetapi setiap kali hendak disusukan oleh mereka ke mulut Musa, Musa menolak tidak mahu menyusunya.
Akhirnya Firaun memerintahkan kepada Haman untuk mencari perempuan yang mahu disusui oleh bayi itu. Haman terpaksa mengendong Musa itu ke sana ke mari untuk mencari perempuan yang dimaksudkan itu. Banyak sudah perempuan yang bersedia,tetapi Musa tetap tidak mahu menyusu kepada mereka, malah tangisnya semakin keras juga yang menandakan dia sangat haus.
Bertemulah akhirnya dengan seorang perempuan, yang juga menawarkan diri untuk menyusukannya. Baru saja dia membuka susunya, dengan cepat bayi itu menyusu kepadanya.
Alangkah hairan Firaun melihat kejadian itu dan berkata:
Siapakah engkau ini, tidak seorang juga perempuan selain engkau yang mahu dia menyusu kepadanya.
Perempuan itu ialah Yukabad, ibu dari bayi itu sendiri, ibu Nabi Musa. Dijawabnyalah perkataan Firaun itu: Saya perempuan yang baik bau, pula baik susunya. Setiap bayi suka sekali menyusu kepada saya.
Begitulah Musa diserahkan kepada ibunya sendiri untuk dipelihara, diasuh dan disusukan. Dan ibu Musa mendapat upah yang lumayan dari raja Firaun yang kaya raya itu. Demikianlah caranya Allah memelihara Musa dan membalas kesabaran dan ketabahan hati ibu Musa yang telah sudi menurutkan bunyi wahyuNya.
NABI MUSA LARI DARI MESIR
Musa makin lama makin besar juga. Tibalah masanya untuk menyerahkan Musa kembali ke istana Firaun, agar dia hidup di sana sebagai keluarga raja dan menjadi musuhnya. Setelah Musa sampai umur, mulailah golongan yang lemah dan teraniaya di Mesir mempunyai perhatian terhadap Nabi Musa. Mereka berharap bahawa Musa akan dapat meringankan tanggungan kesengsaraan mereka yang sedang dalam cengkeraman Firaun; apalagi mereka mengetahui bahawa Musa adalah termasuk golongan pendatang atau Bani Israel dan dia mempunyai budi yang tinggi, serta mempunyai rasa kasih sayang terhadap sesama manusia. Nabi Musa sendiri sudah menetapkan tekad dalam batinnya akan menjadi pembela dari kaum yang lemah itu.
Pada suatu hari, ketika dia kembali dari kota menuju istana, di tengah jalan dia berjumpa dengan dua orang lelaki yang sedang berkelahi. Seorang di antaranya adalah berbangsa Ibrani, iaitu bangsa Bani Israel yang se bangsanya dengannya dan yang seorang lagi berdarah Mesir atau Firaun.
Melihat perkelahian itu, terbit kemarahan hati Musa terhadap bangsa Firaun (Mesir) itu. Orang tersebut dipukul hingga mati seketika itu juga.
Alangkah menyesalnya Musa atas perbuatannya yang kurang baik itu dan dia mengakui bahawa pekerjaan itu adalah pekerjaan syaitan. Segera dia mohon ampun kepada Allah atas kesalahannya itu. Kesalahannya pun diampuni oleh Allah, kerana Allah Pengampun lagi Pengasih. Sejak waktu itu dia berjanji tidak akan melakukan pekerjaan yang begitu kejam lagi, malah dia menyiapkan dirinya untuk melindungi orang orang yang teraniaya.
Musa berikhtiar agar tidak diketahui orang Mesir, bahawa dialah sebenarnya yang membunuh lelaki itu. Dalam dia berjalan dengan bersembunyi, tiba tiba dia bertemu lagi dengan orang yang ditolongnya tempoh hari. Orang itu kembali minta tolong kepada Musa untuk memukul musuhnya pula. Musa berkata kepadanya: Sungguh engkau ini orang yang sesat dengan terang. Tatkala Musa hendak menarik musuh orang itu, musuhnya itu berkata kepadanya: Hai, Musa ! Apakah engkau hendak membunuh saya pula, sebagaimana engkau telah membunuh orang tempoh hari itu? Rupanya engkau hendak menjadi orang ganas di muka bumi ini dan bukanlah engkau hendak berbuat kebaikan.
Kata kata ini didengar oleh orang orang Mesir yang berada di sekitar tempat itu. Kini tahulah orang ramai, bahawa Musalah yang membunuh orang yang mati tempoh hari itu. Kemarahan umat Mesir kepada Musa segera meluap. Mereka mencari Musa untuk mereka tangkap dan akan dibunuh kalau dapat.
Untung sekali ada seorang lelaki yang datang dari hujung kota sengaja memberi khabar kepada Musa: Hai, Musa ! Orang orang besar (bangsawan) negeri ini telah bermuafakat untuk membunuh engkau, sebab itu hendaklah engkau segera lari dari sini, sesungguhnya saya ini cuma memberi nasihat kepadamu.
NABI MUSA MENUJU KE MADYAN
Dengan bersembunyi Musa lalu keluar meninggalkan kota itu, kerana merbahaya buat keselamatan dirinya. Dia menghadapkan mukanya ke hadrat Allah memohon perlindungan dari segala bencana yang diniatkan orang atas dirinya.
Lapan hari delapan malam lamanya dia berjalan terus menerus menuju ke Madyan (perbatasan Hijaz dan Syam) dengan seorang diri, tidak ada teman, selain perlindungan Allah semata, tidak ada perbekalan selain takwa kepada Allah. Berjalan tanpa sepatu pula, sehingga pecah kakinya. Dengan di timpa kelaparan hebat, sehingga dia tidak sanggup lagi membunuh nyamuk dengan tangannya karena lemah dan letihnya. Sekalipun begitu, namun perjalanan diteruskan, bukan mencari keuntungan wang dan lainnya, tetapi semata mata untuk menjauhkan diri dari bahaya Firaun dan kaumnya, menghindarkan dirinya dari orang orang yang berniat buruk dan selalu mencari dia.
Akhirnya tibalah dia di Madyan. Dilihatnya banyak manusia berkumpul dan berkerumun. Setelah didekatinya, tahulah dia bahawa di sana ada sumur. Mereka adalah orang orang gembala yang sedang berebutan dahulu mendahului untuk mengambil air dari dalam sumur itu, untuk minum mereka atau kambing kambingnya. Agak tersisih dari orang banyak itu, Musa melihat pula dua orang anak perempuan sedang menjaga kambing kambingnya yang sangat kurus, jauh berbeza dengan kambing kambing orang banyak yang gemuk gemuk semuanya itu. Kedua anak perempuan itu terpaksa menyisihkan diri untuk menjaga kehormatan dirinya, tidak mahu berasak asak berebut mengambil air. Dengan sabar dia menunggu orang banyak itu selesai semuanya baru dia mengambil pula air untuk kambing kambingnya. Kadang kadang dia temui sumur itu telah kosong, dari itulah maka kambing kedua perempuan itu kurus kurus, sedang kambing orang banyak itu gemuk gemuk. Dan ini pulalah yang menyebabkan kedua anak perempuan itu selalu terlambat pulang ke rumahnya, kerana menunggu orang banyak selesai lebih dahulu.
Melihat keadaan yang demikian, bergolak pulalah dalam jiwa Musa perasaan untuk melindungi orang yang teraniaya. Musa mendekati kedua anak perempuan itu lalu bertanya: Kamu berdua sedang apa di sini?
Kedua anak perempuan itupun menerangkan kepada Musa, bahawa dia menunggu selesainya orang banyak, untuk mengambil air pula dari sumur itu. Kami tidak mahu berdesak-desakan dengan lelaki sebanyak itu. Kami terpaksa datang mengambil air ke mari, karena bapak kami sudah tua, tidak mungkin untuk datang sendiri ke mari.
Mendengar cerita kedua anak perempuan itu, Musa timbul rasa kasihannya. Dia bangkit berdiri mengambil air dari sumur itu, berasakkan dengan orang banyak, lalu diminumkan kepada kambing kambing kedua anak perempuan itu. Kemudian Musa menuju ke tempat yang agak teduh, ia duduk di situ melepaskan lelahnya. Dirasakannya benar benar penat, letih dan lapar, dia memohon kepada Tuhan untuk dikasihi atas kemiskinan dirinya itu.
Kedua anak perempuan itu dengan pertolongan Musa dapat pulang ke rumahnya agak segera dari yang sudah sudah, sehingga bapanya merasa hairan, lalu bertanya apa sebab mereka agak lekas pulang kali ini.
Mendengar cerita anak anaknya, timbul dalam hati orang tua itu (menurut ahli sejarah, orang tua ini ialah Nabi Syuaib) ingin berkenalan dengan Musa, sehingga diutuskannya salah seorang dari anak perempuannya itu untuk memanggil Musa datang kepadanya.
Setelah sampai anak perempuan itu ke dekat Musa, dengan malu malu ia berkata: Saya diutus bapa untuk memanggilmu agar sudi datang ke rumahku, kerana bapa telah berhutang budi atas kebaikanmu yang telah menolong kami.
Musa mengabulkan undangan anak perempuan yang diperintahkan bapanya itu. Keduanya sekarang berjalan beriring iringan menuju rumah anak perempuan itu. Anak perempuan di belakang, sedang Musa di muka, untuk menjaga kehormatan kedua belah pihak. Setiba di rumah, dia disambut oleh Syuaib (bapa perempuan itu) dengan dada yang lapang dan rasa terima kasih atas kebaikan dan pertolongan Musa. Anak muda itu diminta menceritakan hal ehwal dirinya; maka diceritakannya dari awal sampai akhirnya, sehingga tahulah orang tua itu akan sebab dan rahsia perjalanannya yang jauh itu.
Orang tua itu mendengarkannya dengan tenang. Tampaklah olehnya sifat sifat baik yang ada pada Musa. Orang tua itu menenangkan jiwa Musa dengan berkata: Jangan khuatir, di sini engkau akan bebas dari pengejaran kaum yang zalim itu.
NABI MUSA MENDAPAT JODOH
Tinggallah Musa di rumah orang tua itu dengan perasaan yang lega dan tenang. Begitu pula bagi orang tua serta anak-anak-nya itu. Cahaya keimanan sama sama berkilauan di hati Musa dan orang tua itu, demikian pula perasaan keikhlasan dan ramah tamah. Pergaulan mereka semakin rapat dan mendalam juga.
Kemudian sifat dan tabiat pemuda Musa berpengaruh besar ke hati orang tua itu dan terhadap anak anaknya pula, sehingga kedudukan Musa dalam pergaulan rumah tangga itu semakin tinggi dan mulia. Terlebih berpengaruh lagi terhadap kalbu anak perempuannya. Sifat yang ramah tamah, kekuatan badan dan kesucian hatinya, semakin mendalam masuk dalam rasa hormat dari anak perempuan itu. Perasaan hormatnya ini disampaikannya kepada bapanya dengan berkata: Ya bapaku, pekerjakanlah anak muda itu pada kita, karena bukankah sebaik baik orang yang akan dipekerjakan itu, ialah orang yang kuat dan berhati tulus ikhlas? Dan bukankah anak muda itu telah banyak menolong kita, serta dapat mengangkat tutup sumur yang begitu berat seorang diri? Bukankah dia berhati bersih dan suci sekali, sehingga ketika kita mengundang-nya, dia hanya menganggukkan kepalanya? Begitu pula ketika kami berjalan berdua, dia berjalan di muka untuk menjaga kehormatan perempuan yang mengiringkannya.
Tiap patah kata yang keluar dari mulut anak perempuannya itu, didengarkan oleh orang tua itu seolah olah acuh tak acuh, tetapi sebenarnya diperhatikannya dengan sungguh sungguh, kerana perasaan yang demikian itu lebih dahulu sudah tumbuh serta berurat dalam kalbunya sendiri, sebelum anaknya berkata. Kini dia mengerti sedalam-dalamnya, mengapa anaknya berkata demikian, memecahkan pendiamnya selama ini?
Pada suatu pagi, di kala sang surya mulai bersinar, udara penuh dengan cuaca terang dan angin sepoi sepoi, duduklah orang tua itu seorang diri di tempat yang sudah disediakan. Musa dipanggilnya, lalu berkata: Hai Musa, saya mempunyai cita cita akan mengahwinkan engkau dengan salah seorang anakku, dengan harapan engkau dapat menjadi teman hidupnya serta dapat menolongku. Bekerjalah engkau di sini mengembala kambing lapan tahun lamanya, sebagai maskawin bagi perkahwinanmu. Tetapi kalau engkau suka menambah, tambahlah dua tahun lagi, jadi sepuluh tahun lamanya, itupun terserah kepada kesanggupanmu, saya sendiri tidak akan memberatkan dirimu dan engkau akan mengetahui nanti, bahawa aku adalah orang baik baik, insya Allah.
Mendengar perkataan orang tua itu, terbentanglah di hadapannya jalan ke arah bahagia yang dicita-citakannya selama ini terasa dalam hatinya, bahawa doanya kepada Tuhan ketika dia termenung melepaskan lelahnya tempohari itu, telah dikabulkan Tuhan. Dengan tak terasa, lidahnya bergerak menjawab perkataan Syuaib, bakal mertuanya itu: Saya terima segala anjuran bapak. Perjanjian antara saya dengan bapa, apabila saya turut yang manapun salah satu antara kedua perjanjian itu (8 tahun atau 10 tahun), kiranya saya tidak bersalah. Allah menjadi saksi atas perjanjian kita ini.
Dengan perkahwinan ini, Musa hidup bahagia sekali dalam perasaannya, karena mendapat isteri yang cantik serta mertua yang baik. Keadaan rumahtangganya cukup dan pekerjaannya pun baik. Dia bekerja dengan sebaik-baiknya dalam mengurus urusan orang tua itu, untuk memenuhi janji yang telah ditetapkan.
Menjelang sampai di batas waktu yang telah .ditetapkan, keinginan Musa untuk kembali ke tanah airnya mulai timbul, sekalipun dia berbahagia dan senang di negeri orang; namun ingatan ke kampung halaman sendiri pasti timbul jua. Pernah disebut orang dalam pepatah: Setinggi tinggi terbang bangau akhirnya kembali ke belakang kerbau hinggapnya.
Waktu yang ditetapkan dalam perjanjian itupun sampailah. Dia bebas sekarang untuk memilih, akan menetap di situ atau pulang kembali ke negerinya. Niatnya untuk kembali ke kampungnya bersama isterinya sudah tetap dan tidak dapat digagalkan lagi.
Dia mulai bersiap siap menyediakan bekal dan membungkusi harta bendanya, untuk segera berangkat ke Mesir bersama isterinya. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada mertuanya yang sudah tua, serta mendoakan agar yang ditinggal selamat, begitu pula yang pergi jangan sampai kurang suatu apa. Kedua suami isteri yang bahagia itupun bertolaklah menuju ke utara, meninggalkan negeri Madyan. Setelah semakin lamanya berjalan menempuh padang pasir yang luas, akhirnya Musa dan isterinya tiba di Tur Sina (Gunung Sinai). Selain penat dan lelah, kedua musafir suami isteri itu kini kehilangan jalan, mereka merasa ragu, arah manakah yang harus ditempuhnya untuk meneruskan penjalanan ke Mesir.
Dalam keragu-raguan itu malam pun datang, satu malam yang sangat bersih, dengan bintang bintang yang gemerlapan di langit. Bertambah ragulah kedua musafir itu tentang jalan yang harus ditempuhnya. Tiba tiba, jauh di sana, di sebelah kanan jurang yang dalam, Musa melihat ada api berkelip kelip. Musa ingin mendekati api yang tampak itu seraya berkata kepada isterinya:
Tinggallah engkau sendirian di sini sementara, saya ingin melihat, api apa yang tampak itu. Segera saya akan kembali ke sini membawa khabar, sambil membawa api yang tampak itu, mudah mudahan dapat kita jadikan diang untuk memanaskan badan.
Musa berjalan menuju tempat itu, melampaui jurang yang dalam. Dia akhirnya tiba di bawah se batang pokok zaitun yang rendang dekat kepada api yang kelihatan dari jauh tadi. Pokok inilah dalam sejarah yang dimasyhurkan, dengan nama Syajar Musa. Tiba tiba dengan terang Musa mendengar suara: Hai Musa, Aku inilah Allah Tuhanmu. Maka itu tanggalkanlah kedua kasutmu, karena sesungguhnya engkau berada di lembah suci Tuwan. Dan Aku memilih engkau menjadi UtusanKu, sebab itu dengarlah baik-baik apa apa yang akan diwahyukan kepadamu:
Sesungguhnya Akulah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku. Sebab itu sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatkan Aku. Sesungguhnya kiamat itu pasti datang, hampir Aku sembunyikan rahsia, agar tiap manusia akan dibalas apa saja yang pernah dilakukannya. Janganlah engkau dapat dipalingkan dari kepercayaan ini oleh orang yang tidak percaya, yang hanya memperturutkan hawa nafsunya, agar engkau jangan sampai celaka kerananya.
Inilah wahyu pertama dari Tuhan yang diterima Musa sebagai putusan, bahawa dia telah diangkat menjadi Rasul, pangkat yang sesuai dengan kebesaran jiwa, kesucian hati dan kesabarannya.
Apakah yang engkau pegang di tangan kananmu itu, hai Musa? bunyi suara itu selanjutnya.
Musa mulai menjawab akan suara wahyu itu: Ini adalah tongkatku, tempat saya bertekan dan pula saya pergunakan untuk menghalau kambing gembalaku dan lain lain keperluan.
Kemudian Tuhan memerintahkan kepada Musa untuk melemparkan tongkat itu. Baru saja tongkat itu dilemparkan oleh Musa ke tanah, tiba tiba tongkat itu menjadi ular yang tampaknya kecil saja, tetapi lama kelamaan semakin besar juga, akhirnya menjadi sangat besar, sehingga tampaknya dapat berbahaya terhadap apa dan siapa saja.
Melihat ular sebesar itu, Nabi Musa mulai ngeri dan takut, sehingga ia lari sekuat kuatnya. Tuhan lalu berfirman kepadanya: Jangan takut wahai Musa, sesungguhnya orang yang telah diutus itu tidak boleh takut takut. Peganglah kembali pasti dia kembali sebagai semula menjadi tongkatmu.
Mendengar firman Allah itu, baru Musa sedar, bahawa kepadanya selain telah diberikan keterangan dan kenyataan-kenyataan, pula diberikan kekuatan mukjizat yang maha hebat, yang terletak pada tongkatnya itu. Jiwanya mulai tenang dan perasaannya menjadi lega. Insaf benar dia sekarang, bahawa ia telah menjadi Nabi dan Rasul Allah. Dia mengucapkan syukur ke hadrat Allah, atas segala pemberian yang sangat berharga itu.
Kembali Tuhan berfirman kepada Musa: Kepitlah tanganmu ke dalam ketiakmu, ya Musa, nescaya tanganmu itu akan menjadi putih bersih yang berkilat kilat, tetapi bukan karena penyakit. Pangkulah kedua tanganmu itu, bila engkau dalam ketakutan. Inilah dua keterangan (mukjizat) dari Tuhanmu (iaitu tongkat menjadi ular, tangan menjadi putih berkilat kilat), untuk menjadi senjata bagimu. Sekarang berangkatlah kamu, hadapilah Firaun serta kaumnya para bangsawan, sungguh mereka itu kaum perosak.
Kedua mukjizat yang luar biasa ini telah dapat menetapkan hati Musa untuk menjalankan semua perintah yang diberikan Tuhan terhadap manusia dan untuk menghadapi keingkaran Firaun serta kaumnya, sehingga kekerasan Firaun akan dapat dihadapinya dengan kekerasan pula.
MUKJIZAT MUKJIZAT NABI MUSA
Dengan harapan penuh supaya Firaun insaf akan kekurangan dirinya, insaf akan kebesaran Tuhannya, maka Musa cuba cuba memperlihatkan mukjizat yang telah dikurniakan Allah kepadanya, untuk dipertontonkan kepada Firaun, sesudah terbukti bahawa Firaun tidak mahu tunduk kalau hanya dengan kata kata belaka.
Bukan terhadap Firaun saja, tetapi hendaknya dapat pula menginsafkan para bangsawan yang tak lebih dan tak kurang pada kekafiran mereka, bahkan mereka itulah sebenarnya yang telah menghasut dengan nasihat nasihatnya yang amat kejam, sehingga Firaun menjadi bertambah sesat dan kejam juga.
Dengan mengucapkan syukur kepada Tuhan yang telah menurunkan berbagai rahmat dan nikmat, Musa mulai memperlihatkan mukjizatnya yang besar. Tongkat yang berada di tangannya, dilemparkannya ke tanah. Tiba tiba tongkat itu menjadi ular besar, sehingga Firaun dan para bangsawannya betul betul takjub melihatnya.
Cobalah mukjizaterlihatkan yang lainnya lagi ! kata Firaun kepada Musa, dengan harapan Musa tidak akan dapat lagi berbuat apa apa selain semacam itu saja.
Musa segera memasukkan tangannya ke ketiaknya. Sejurus kemudian tangan itu dikeluarkannya. Tangan tersebut mengeluarkan sinar yang berkilau kilauan, lebih hebat dari cahaya kilat, sehingga dunia menjadi terang benderang kerananya, mata Firaun dan para bangsawannya menjadi silau.
Firaun merasa sudah tidak mempunyai daya lagi untuk mengalahkan Musa. Dia berpaling menuju ke tempatnya bersama sama dengan para bangsawannya. Dalam hatinya timbul berbagai bagai fikiran jahat, dengan cara bagaimana dapat mengalahkan Musa. Kehebatan Musa itu dicuba diperkecil kecilkannya, dia menganggap bahawa itu semua sihir semata. Dia lupa akan kebesaran Allah yang telah memberikan mukjizat itu.
Berkata Firaun kepada para bangsawannya:
Kedua tukang sihir itu (Musa dan Harun), rupanya ingin mengalahkan kita dengan sihirnya, ingin mengeluarkan kita dari negeri ini dengan kekuatan sihirnya. Bagaimanakah pandangan kamu sekalian tentang hal ini?
Semua bangsawan dan pembesarnya itu menjawab:
Kedua orang itu perlu kita kalahkan, dengan mendatangkan semua ahli ahli sihir bangsa kita yang telah masyhur kepandaiannva itu, untuk mengalahkan Musa, bahkan untuk melenyapkan kedua mereka itu dari permukaan bumi ini.
Sebagaimana kita ketahui, bahawa Mesir di masa Firaun itu masyhur sekali dengan ilmu sihirnya. Keahlian tukang sihir Mesir ketika itu telah dapat mengalahkan semua tukang tukang sihir yang bagaimanapun juga pintarnya di atas dunia ini. Dan atas kehebatan ilmu sihir para pengikutnya itulah, maka Firaun dapat berkuasa dan menjadi raja besar.
Fikiran para bangsawan dan pembesar itu masuk pula di akal Firaun. Semua tukang sihir diperintahkan datang berkumpul, dari seluruh pelusok Mesir, baik dari desa mahupun dari kotanya.
Lalu Firaun berkata kepada Musa:
Apakah engkau sengaja datang ke mari untuk mengusir kami dari negeri kami dengan kekuatan sihirmu itu, hai Musa?
Ditegaskannya oleh Firaun, bahawa Musa tidak akan dapat berbuat lebih dari itu, kerana rakyat Firaun sudah termasyhur ahli tentang ilmu sihirnya. Musa diperintahkannya untuk berhadapan dengan tukang tukang sihir yang sudah dikumpulkannya itu guna mengadukan kepintaran. Musa menurut agar pertandingan kepintaran itu diadakan di hadapan rakyat banyak, agar orang banyak dapat mengetahui, siapa yang benar dan siapa pula yang tidak benar dan palsu dalam hal ini.
Dalam pada itu Firaun dengan segala daya upayanya, memilih di antara tukang tukang sihir yang berpuluh puluh ribu itu, beberapa ribu saja yang benar benar pintar dan telah terbukti kepintaran mereka. Untuk dihadapkan kepada Musa untuk mengalahkannya, bahkan kalau dapat untuk melenyapkan Musa sekali.
Kepada masing masing tukang sihir itu dijanjikan oleh Firaun akan pangkat yang tinggi dan harta sebanyak banyaknya, bila tukang tukang sihir itu berjaya mengalahkan Musa dalam hal ini. Hari yang telah ditetapkan itupun datanglah. Baik Firaun dan para bangsawannya, mahupun semua tukang sihir yang ribuan jumlahnya itu sama sama berkumpul di tanah lapang yang luas, dimana hampir seluruh rakyat pun turut menjadi penonton.
Nabi Musa dan Harun berdua saja, tampil ke tengah tengah lapangan pertandingan.
Di tempat itu berkatalah Musa kepada sekalian tukang sihir:
Celaka besar bagi orang yang berbuat dusta tentang Allah. Kamu sekalian sudah mendustakannya, kamu kira mukjizat ini sebagai sihir, kamu persamakan saja antara sihir dengan mukjizat, antara yang batil dengan yang hak. Barangsiapa yang mencuba memalsukan yang hak dan membenarkan yang palsu, maka orang itu akan kalah dan rugi semata mata.
Seruan dan kata kata Musa yang singkat itu, rupanya lancar sekali masuknya ke dalam telinga tiap tiap tukang sihir itu. Dan kata kata ini akan memberi saluran yang baik sekali dalam fikiran mereka untuk mencari jalan yang benar, di antara dua keadaan yang saling bertentangan, yang sedang mereka hadapi sekarang ini.
Tiba tiba semua tukang sihir yang puluhan ribu jumlahnya itu, dipanggil oleh Firaun untuk berkumpul dan berbaris dengan gagah, sedang di masing masing tangan mereka tergenggam seutas tali dan sebuah tongkat. Hal itu sengaja dikerjakan oleh Firaun, untuk memperlihatkan kekuasaannya kepada Musa dan Harun, agar Musa dan Harun takut dan orang banyak bersemangat.
Dengan demikian, orang banyak rata rata sekarang ini percaya akan kemenangan tukang tukang sihir yang banyak itu, yakin bahawa Musa dan Harun akan dapat dikalahkan dan dibinasakan di tengah tengah pertandingan itu.
Firaun segera memerintahkan untuk mulai pertandingan. Lalu berkata tukang tukang sihir itu kepada Musa: Apa kamu akan memulai mempertunjukkan kehebatanmu, ataukah kami yang akan memulainya?
Musa dan Harun sedikitpun tidak gentar akan semua pertunjukan kekuasaan Firaun itu. Dengan tak khuatir sedikitpun, tukang tukang sihir itu dipersilakan memulai akan kehebatan sihirnya. Dengan memperlindungkan diri kepada Allah, serta berdoa akan pertolongan Allah, Musa mempersilakan tukang tukang sihir itu melepaskan tali dan tongkat tongkat mereka.
Dengan serentak, mereka melepaskan tali dan tongkat dari tangannya masing masing. Di hadapan Musa dan Harun tiba tiba merayaplah beribu ribu ekor ular kecil, yang kesemuanya menuju ke arah Musa dan Harun, untuk membinasakan mereka berdua.
Jelas terdengar oleh Musa akan wahyu Allah ketika itu:
Jangan takut, hai Musa, engkaulah yang lebih unggul.
Musa segera melepaskan tongkatnya, seketika itujuga menjelma menjadi seekor ular yang luarbiasa besarnya. Semua ular yang kecil kecil itu segera ditelannya sampai habis, dalam waktu sekejap mata saja. Melihat kejadian itu semua tukang tukang sihir merasa takjub dan tercengang. Tampaklah oleh mata kepalanya sendiri, bagaimana kebenaran dapat melenyapkan kepalsuan, begitu pula yang hak dapat menyapu bersih akan kesesatan. Sekalian tukang sihir itu, dengan serentak tunduk dan bersujud di hadapan Musa dan Harun, kerana mereka menginsafi akan kesesatan perbuatannya serta ilmunya, mereka bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, atas segala dosa yang telah mereka lakukan selama ini. Menggetarlah tubuh Firaun menahan kemarahan, setelah ia melihat kejadian itu. Terasa olehnya mahkota yang berada di kepalanya bergerak mahu roboh, kekuasaannya yang diharapkan-nya akan bertambah kuat, tetapi ternyata malah semakin merosot. Kejadian yang dilihatnya itu, dirasakannya seolah olah angin taufan yang paling dahsyat, yang mungkin akan dapat menumbangkan kerajaan yang didirikannya di atas segala kepalsuan dan kebodohannya.
Kerana banyaknya orang orang yang sama tunduk dan beriman kepada Musa dan Harun, lalu Firaun mengeluarkan undang undang darurat yang mengancam kepada siapa yang keluar dari ketaatan terhadap dirinya. Berbagai-bagai hukuman dicantumkan dalam undang undang yang baru itu, ada hukuman potong tangan, potong kaki, hukum gantung, salib dan sebagainya.
Kalau rasa keimanan telah meresap ke dalam jiwa seseorang manusia, walaupun dengan kekuatan senjata apa saja, keimanan itu tidak akan dapat dicabut keluar, Tidak ada sebuah kekuasaan yang bagaimana juga besar dan perkasanya yang sanggup mem-belokkan hati orang yang beriman itu, sekalipun dengan ancaman ancaman yang bagaimana juga hebat dan beratnya, Mereka yang telah beriman itu hanya berkata: Kami beriman kepada Tuhan, agar diampuniNya segala kesalahan dan dosa dosa kami, yang telah kamu paksakan terhadap kami untuk mengerjakan serta mempelajari sihir. Allah lebih baik dan lebih kekal.
BERHADAPAN DENGAN FIR'AUN
Firaun dengan para bangsawannya berkuasa besar atas lembah Sungai Nil itu, memerintah bangsa Qibt (Mesir) dan bangsa Israel yang tinggal di daerah itu. Kerana kekuasaannya yang besar itu, pemerintahan Firaun itu makin lama makin kejam dan sombong jua. Oleh kerana masing masing raja dan para bangsawan itu mempunyai kekuasaan yang demikian besar, akhirnya mereka menganggap bahawa dirinya adalah Tuhan, yang harus disembah oleh rakyatnya, Yang mereka ketahui hanyalah kekuasaan dan kebesarannya semata, sedikitpun mereka tidak insaf dan tidak melihat atas kelemahan kelemahan serta kebodohan diri mereka sendiri.
Selain dari itu, perlakuan mereka terhadap golongan Bani Israel semakin kejam jua. Mereka dibebani dengan berbagai bagai pajak dan kerja yang berat berat. Dengan sedikit kesalahan, mereka diseksa dengan berbagai bagai seksaan dan azab. Bangsa Israel dihimpit ditindas serta diperbodohkan, sehingga menjadi bangsa yang tak mempunyai cita cita lagi.
Mereka berkecimpungan dalam berbagai bagai maksiat dan kejahatan, melepaskan hawa nafsu dan syahwat kebinatangan tanpa batas batas perikemanusiaan lagi terhadap sesama manusia. Berpaling pandangan mereka dari apa yang baik, tertolak arah mereka dari apa yang benar, sehingga lenyaplah harga manusia kerananya.
Allah lalu memanggil Nabi Musa. Kepadanya diperintahkan untuk mendatangi Firaun dan kaumnya, memberi pelajaran kepada mereka, agar mereka menyembah Allah dan meninggalkan segala maksiat dan kejahatan, agar mereka menurut garis lurus yang sudah digariskan oleh Allah. Setelah Musa menerima perintah Tuhan, ia menyiapkan dirinya untuk tugas yang dipikulkan kepadanya itu, dengan hati yang patuh dan taat. Tetapi dia ingin lebih yakin dan tenang lagi. Oleh kerana itu Musa berdatang sembah kepada Tuhannya:
Tuhanku, saya sudah pernah membunuh salah seorang dari bangsa Firaun itu dan kalau saya datang kembali ke tengah tengah mereka, tentu saya akan dibunuhnya.
Tuhan menegaskan kepada Musa, bahawa Tuhan selalu bersama dia. Dengan penegasan ini bertambah tenang juga jiwa Musa. Tetapi dia ingin pekerjaannya ini lebih besar dan berhasil, agar dia lebih tenang dan sabar dalam menjalankannya, Dari itu Musa kembali mendoa kepada Tuhan, supaya dadanya dilapangkan Allah, hingga dapat dan sanggup memikul beban yang besar dan mulia itu, sanggup mengatasi berbagai bagai kesulitan dan halangan.
Untuk menghadapi pekerjaan besar, serta kesulitan kesulitan hebat yang bakal dihadapi, Musa memohon lagi kepada Tuhan, agar diberikan seorang teman dan pula sebagai wazir bagi dirinya, iaitu saudaranya sendiri yang bernama Harun.
Permohonan Musa inipun dikabulkan Allah, dengan memerintahkan Harun yang ketika itu sedang berada di Mesir untuk segera datang mendapatkan Musa, agar ia bekerjasama dalam menghadapi tugas kewajipan yang telah dipikulkan itu.
Harun siap menjalankan apa yang diilhamkan Tuhan kepadanya. Dengan segera ia berangkat mendapatkan Musa, iaitu saudaranya sendiri di Tur Sina. sa telah bertemu, keduanya sama sama berjanji akan bekerjasama, bantu membantu, tolong menolong, untuk sama sama melepaskan bangsa Mesir yang sudah sesat dipengaruhi rajanya yang sombong itu.
Tuhan lalu memerintahkan kepada kedua Nabi ini: Berangkatlah kamu berdua sekarang juga kepada Firaun. Berkatalah kepada Firaun dengan kata kata yang halus lunak, mudah mudahan seruan kamu ini dapat di terimanya, hatinya yang keras menjadi lunak, kerananya.
Apalagi kalau diingat, bahawa Musa itu boleh dikatakan anak angkat Firaun, sudah sepatutnyalah kalau kepadanya berkata kata dengan lemah lembut. Tuhan perintahkan pula kepada Musa dan Harun, untuk menyatakan kepada Firaun tentang kenabian dan kerasulan mereka berdua dan Tuhan menyuruh, agar Musa bersama Harun berikhtiar membebaskan semua orang Bani Israel dari azab dan seksaan yang sudah sekian lamanya itu.
Nabi Musa dan Nabi Harun segera menuju ke Mesir, lalu bertemulah dengan Firaun. Firaun mengecilkan kedatangan ini, tidak di acuhkan dan tidak diambil peduli apa saja yang disampaikan kedua Nabi itu kepadanya. Engkau, Musa ! Bukankah kami yang mendidik dan mengasuhmu semasa kamu masih bayi dan engkau tinggal bersama kami bertahun tahun dari umurmu? demikian kata Firaun kepada Musa.
Apakah pemeliharaanmu terhadap diriku itu sebagai tanda kebaikanmu? Bukankah itu kerana kejahatanmu terhadap anak anak bayi bangsa Israel? jawab Musa.
Begitulah pekerjaanmu, hai Musa, engkau sudah tidak menghargakan lagi akan kebaikan kami kepadamu, kata Firaun pula.
Aku tak mahu tersesat, dan kerana keganasanmulah aku lari dari rumahmu, akhirnya aku mendapat rahmat dan nikmat Allah. Allah telah memberiku ilmu dan hikmat, diangkatNya aku menjadi RasulNya, jawab Musa kepada Firaun.
Mendengar itu, merah padam muka Firaun, kerana kemarahan, lalu ia bertanya kepada Musa:
Siapakah Tuhan seluruh alam itu?
Tuhan seluruh alam ini bukan kamu, tetapi Allah. Tuhanku yang menjadikan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, jawab Musa.
Timbullah kemarahan besar dari hati Firaun, sambil berkata kepada kaumnya: Sudahkah kamu dengan apa yang dikatakan Musa, sudahkah kamu tahu, siapa Tuhannya Musa?
Kembali Musa berkata kepada mereka: Tuhanku, Tuhan kamu dan Tuhan nenek moyangmu sejak dahulu kala, ialah Allah, Tuhan barat timur dan antara keduanya. Mudah mudahan kamu dapat mempergunakan akalmu.
Kemarahan Firaun tidak dapat ditahan tahannya lagi, kerana dia tidak dapat mengalahkan Musa dengan kata kata maka diambilnya jalan lain, ialah dengan cara mempergunakan kekuatan yang ada padanya, Musa akan dipenjarakannya: Kalau engkau menyembah Tuhan selain aku sendiri, engkau pasti kupenjarakan ! kata Firaun dengan amat marahnya.
Dengan tenang Musa berkata kepada Firaun: Kalau engkau masih belum percaya akan apa yang aku kemukakan, apakah perlu aku menunjukkan bukti yang nyata, mukjizat yang hebat agar hilang keraguanmu dan kebimbangan hatimu?
Aku tidak akan percaya sebelum melihat bukti yang nyata, dari itu kemukakanlah buktimu yang nyata itu, kalau engkau betul betul orang yang dapat dipercayai, kata Firaun.
BANI ISRAEL MENINGGALKAN MESIR
Bani Israel yang selama ini hidup dalam seksaan dan penghinaan, mulai terbuka kedua mata mereka, mulai tahu membezakan yang sesat dari yang benar. Mereka mulai percaya akan Rasul Allah Musa yang datang membawa petunjuk kepada mereka.
Mereka mulai meninggalkan taat terhadap Firaun. Firaun mulai kekurangan pengaruh, sedang Musa selalu bertambah temannya.
Kerananya dengan cara yang bagaimana juga, Firaun harus mengenyahkan Musa dan pengikut pengikutnya dari Mesir, dengan jalan pembunuhan. Tetapi Musa dan Bani Israel yang tunduk kepadanya sudah siap sedia, mereka akan meninggalkan Mesir serentak pada suatu malam yang sudah ditetapkan.
Di senjakala di malam yang sudah ditetapkan itu, berkumpullah Musa dengan kaum Bani Israel di sebuah tempat, lalu berangkat bersama sama meninggalkan Mesir, menuju ke Tanah Suci Palestin kerana memang dari situlah mereka semua berasal.
Mereka berangkat harus hati hati sekali, kerana tentera Firaun sejak siang tadi telah disiapkan untuk menghalangi keberangkatan ini. Firaun bercita cita hendak memusnahkan mereka itu semuanya. Sekian lamanya mereka berjalan di atas gurun padang pasir yang kering, akhirnya mereka sampai di pinggir laut yang luas. Bagaimana akalnya untuk menyeberangi laut yang amat luas itu, kapal tidak ada, perahu pun tidak, sedang musuh, iaitu Firaun dengan tenteranya yang kuat, semakin dekat juga mendesak dari belakang, akan memusnahkan mereka.
Di situlah Bani Israel mengalami ketakutan dan kekhuatiran yang sehebat hebatnya, kerana mereka tahu, bahawa tentera Firaun yang berkenderaan kuda dengan senjata senjata panah yang tajam, telah semakin dekat,jauhnya antara mereka dengan tentera Firaun, kira kira dua kali jalan anak panah atau kurang.
Bukan lagi takut dan khuatir, malah mereka masing masing telah melihat maut sedang menghampirinya, keluhkesahnya sudah mulai terdengar dari mulut ke mulut. Di tengah tengah keluhkesah yang mendalam itu, tiba tiba tampil kemuka seorang di antara Bani Israel yang ikut dalam perjalanan itu, berkata dengan suaranya yang keras sekeras kerasnya, mengeluarkan kemarahan serta geramnya terhadap Musa, mengemukakan akan sesal dan kekesalan hatinya; ia ini pengikut Nabi Musa yang bernama Yusya bin Nun.
Dengan lancangnya dia berkata: Hai, orang yang dapat bicara dengan Allah! Bagaimana urusan engkau ini? Engkau telah membawa kami menghadapi nasib yang tidak dapat dihindarkan ini ! Laut terbentang di hadapan sedang musuh sudah mendesak dari belakang, tidak ada sedikitpun jalan untuk menghindarkan kematian.
Mendengar kata kata itu, Musa hanya berkata: Tunggulah, mudah mudahan saya dapat berbuat sesuatu terhadap laut ini!
Kata kata itu sedikitnya telah dapat memberikan harapan hidup kepada mereka, yang sudah yakin akan kematiannya itu. Tetapi kenapa belum juga ada apa apanya, sedang musuh sudah terdengar soraknya. Mereka kembali berputusasa, kesal dan geram terhadap diri Musa. Mulai keluar dari isihati mereka yang busuk busuk itu, celaan serta makian yang tak terbatas.
Tiba tiba Allah mewahyukan kepada Musa: Pukulkanlah tongkatmu itu ke laut, hai Musa!
Segera Musa memukul laut itu dengan tongkatnya, dengan tiba tiba terbentanghah di atas laut itu dua belas jalanraya yang lapang lapang, sedang di kedua pinggirnya jalan itu masing masing berdiri tembok air yang tebal, yang tak dapat ditembus oleh panah atau peluru. Kerana bangsa Israil yang turut ketika itu terdiri dari dua belas golongan (suku bangsa), maka tiap tiap golongan mendapatkan sebuah jalanraya yang terbentang itu untuk mereka tempuh.
Dengan gembira dan terimakasih yang sebesar besarnya, mereka segera lari cepat melalui jalanraya laut yang sudah terbentang itu, tepat ketika tentera Firaun kehihatan di belakang, siap untuk memanah dan menghancurkan mereka.
Firman Allah: Dibentangkan bagi mereka jalanraya di laut, jalan yang kering, tak perlu takut karam dan basah, Sedang mereka berjalan dengan selamat di tengah tengah jalan laut itu, maka terlihatlah oleh mereka akan Firaun dengan tenteranya sedang mengejarnya, melalui jalanraya laut itu pula.
Setelah mereka tiba dengan selamat di seberang laut, kembali kekhuatiran dan ketakutannya, kerana Firaun pun sudah dalam perjalanan di tengah tengah jahanraya haut itu, menuju mereka. Musa lalu memerintahkan kepada laut itu agar kembali kepada keadaannya yang semula. Dengan perintah ini, dua dinding tembok air di pinggir masing masing jalan itupun bertemulah, sehingga semua tentera Firaun yang sedang berada didalamnya, juga Firaun sendiri tenggelam, mati dan terkubur di sana semuanya.
Di situlah tamatnya riwayat Firaun dengan segala kekejaman dan kesombongannya, sama sama ditelan oleh laut yang dibentangkan oleh Allah. Sedang Musa dan kaumnya selamat, tak kurang suatu apa, sampai ke tempat yang mereka tuju.
Di waktu jiwa akan meninggalkan jasad Firaun di tengah tengah perut laut itu, datanglah keinsafan kepada Firaun yang selama ini tidak mahu insaf Insaf akan kebenaran Musa, akan kebesaran Allah dan kelemahan dirinya, maka ia berkata: Saya percaya (iman), bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, yang sudah diimani oleh Bani Israel dan sekarang saya turut beriman pula sebagai seorang Muslim.
Tetapi bukan saatnya ketika itu untuk menyesal dan memohon ampun, untuk menyatakan beriman atau tidak. Masa itu adalah masa seksaan yang terakhir, Dari itu taubat Firaun ditolak oleh Allah, kerana terlambat dari waktu yang sudah ditentukanNya.
Di kala kedua tembok air itu bertemu menelan Firaun dan tenteranya, terdengar bunyi hiruk pikuk di dalam perut laut itu, sehingga Bani Israel sama bertanya kepada Musa: Suara apakah yang hiruk pikuk itu?
Musa menjawab: Ya, itulah bunyi seksaan Allah yang ditimpa kan kepada Firaun dan tenteranya.
Rupanya masih ada saja di antara Bani Israel, yang menurut pengakuannya sudah beriman, tetapi dalam batinnya masih tertinggal kepercayaan lamanya, sehingga dia tidak percaya bahawa Firaun itu sudah mati, sebab Firaun itu katanya tuhan,.ia bisa hidup di Mesir dan bisa pula hidup di dalam laut. Kepada Nabi Musa dikatakan oleh orang itu, bahawa Firaun belum mati. Diterangkan oleh Musa, bahawa sangkaan yang demikian itu adalah persangkaan yang batil, yang tidak benar belaka. Lalu laut itu memuntahkan mayat Firaun ke permukaan air, sehingga dapat dilihat oheh mereka, bahawa Firaun itu benar benar sudah mati.
Walau demikian, masih saja terdapat di antara mereka itu yang behum percaya akan kematian Firaun, malah ia berkata bahawa Firaun itu masih hidup di alam ghaib, pendekata menurut kemahuan mereka saja.
Musa dan para pengikutnya mengambil tempat di salah satu bahagian dari tanah baru yang ditemuinya itu. Kiranya adalah termasuk daerah Tur Sina, di hujung utara Laut Merah. Untuk kaum pengikutnya yang banyak itu, Musa menginginkan peraturan hidup yang tertentu, yang harus dijalankan agar jangan terjadi kekacauan mengenai moral atau kebendaan. Sebab itu Musa memohon kepada Tuhan, agar kepadanya diturunkan sebuah Kitab, dengan Kitab mana Musa dapat memberikan petunjuk dan pedoman bagi pengikutnya.
Untuk mengabulkan permohonan Nabi Musa ini, Allah memerintahkan kepada Musa, agar menyucikan diri lebih dahulu dengan cara berpuasa tiga puluh hari lamanya. Sehabis menjalankan puasa itu, Musa diperintahkan Allah untuk datang ke Tur Sina, di mana Musa akan mendapat kesempatan untuk bercakap cakap dengan Allah, pula Tuhan akan menganugerahkan sebuah Kitab, di mana terdapat banyak petunjuk dan peraturan hidup yang dihajatkan Musa itu. Untuk pergi ke Tur Sina, Musa memilih tujuh puluh orang di antara kaumnya, untuk lebih dahulu pergi ke Tur Sina itu, Musa akan berangkat ke sana, sesudah yang tujuh puluh orang itu berangkat.
Sesudah tiga puluh hari lamanya berjalan, akhirnya sampailah Musa di Tur Sina. Tetapi ternyata kaumnya yang berjumlah tujuh puluh orang itu belum juga sampai di sana, lalu diutusnya seorang utusan untuk menyelidiki apakah yang terjadi atas kelambatan kaumnya itu, dengan pesan agar mereka segera datang di Tur Sina.
Akhirnya Musa mempunyai pendapat, bahawa lebih baik dia lekas sampai di Tur Sina menemui Tuhannya, dengan berpendapat bahawa kedatangannya yang lebih cepat dari waktu yang ditetapkan itu, lebih menyenangkan bagi Allah. Tetapi kemudian Tuhan memerintahkan kepadanya, agar Musa menunggu sampai bilangan empat puluh hari sejak waktu ia berangkat.
Setelah sampai pada waktu yang ditentukan itu, lalu Musa berangkat seorang diri menemui Tuhannya di Tur Sina (di puncak gunung Sinai). Segala urusan kaumnya yang ditinggalkan itu, oleh Musa diserahkan kepada Nabi Harun sebagai wakil atau wazirnya, iaitu untuk mengatur dan mengamati mereka, sampai kembalinya Musa yang akan membawa amanat Tuhan Yang Maha Tinggi.
Di puncak gunung Sinai, Musa telah bercakap cakap dengan Tuhannya, suatu kejadian yang belum pernah dialami oleh seorang manusia, selain oleh Nabi Musa sendiri. Dalam percakapan itu Allah menjelaskan hakikat ilmu agama kepada Musa, begitu pula mengenai pedoman dan petunjuk, aturan dan hukum yang tidak boleh dilanggar.
Sehabis percakapan itu, Musa memohon pula kepada Tuhan agar kepadanya diberikan kesempatan untuk dapat melihat sendiri akan rupa Allah, kerana selain keinginan dia sendiri, hal yang demikian itu telah pernah diminta oleh kaumnya, agar mereka diberikan kesempatan untuk dapat melihat Allah.
Permintaannya itu dijawab oleh Tuhan: Engkau tidak dapat melihatku. Tetapi menolehlah engkau ke gunung itu. Bila gunung itu masih tetap di situ, maka engkau akan dapat melihat Aku. Baru saja Musa menoleh ke arah gunung yang dimaksudkan itu, tiba tiba gunung tersebut bergerak gerak, lalu tenggelam masuk ke perut bumi. Melihat pemandangan yang luar biasa itu, gementarlah tubuh Musa, ia tertunduk dan bersimpuh sujud menyembah Tuhannya.
Dengan rahmat Allah, Musa dipeliharakan dari keadaan yang luar biasa itu, hatinya ditenangkan kembali, lalu Musa berdiri dan mengucapkan tasbih, menyucikan dan membesarkan Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Tinggi.
Setelah menerima Kitab yang berisikan segala sesuatu yang diperlukan oleh Bani Israel, yang berisi pelajaran dan ketegasan dari tiap tiap segala sesuatu, lalu Musa berkata: Ya Tuhan, sungguh aku telah Engkau beri kemuliaan yang belum pernah Engkau berikan kepada orang lain, selain terhadapku.
Tuhan berfirman kepada Musa: Hai Musa, Aku telah memilihmu menjadi pembawa risalahKu dan perkataanKu untuk manusia. Maka ambillah apa yang telah Aku berikan ini dan berterimakasihlah engkau kepadaKu !
Bani Israel telah menunggu nunggu akan kedatangan Musa lebih kurang tiga puluh hari lamanya sejak pemergiannya. Menurut perjanjian Musa, sesudah tiga puluh hari itu, Musa sudah pasti berada kembali di tengah tengah mereka. Akan tetapi tiga puluh hari sudah berlangsung, namun Musa belum juga datang, kerana Musa diperintahkan Tuhan menunggu sampai empat puluh hari, sebagai diterangkan di atas tadi.
Kerananya, maka timbullah berbagai pendapat dan sangkaan di antara Bani Israel yang ditinggalkannya itu. Ada yang menuduh, bahawa Musa telah memungkiri janjinya. Musa telah meninggalkan mereka dan pergi sendirian buat selama lamanya, di tengah malam yang gelap, di tempat yang tidak dikenali. Mereka mulai mencari orang yang akan dapat di jadikan pemimpin mereka yang baru, yang akan menunjuki agar hidup mereka jangan tersesat.
Ketika itu, melihat keadaan Bani Israel yang demikian rupa, timbullah kemahuan buruk dalam jiwa seorang pengikut, yang bernama Samiri. Kesempatan itu dipergunakan untuk menyesatkan Bani Israel yang sedang dalam kegelisahan itu. Berkatalah dia kepada mereka:
Musa tidak akan kembali lagi kepada kita, dia sudah pergi untuk kepentingan dirinya sendiri, dia telah melanggar janjinya kepada kita, lebih baik kamu mencari Tuhanmu sendiri.
Kebodohan dan kesesatan Bani lsrael itu, dipergunakan olah Samiri untuk menyesatkan dan lebih memperbodohkan mereka lagi. Samiri menyalakan api, membentuk sebuah patung merupakan anak sapi jantan, tetapi dapat bersuara kerana sihirnya.
Patung yang dibuat Samiri ini dengan segera menjadi fitnah besar di kalangan mereka. Patung itu disembah mereka, dan itulah tuhan, kata mereka atas anjuran dari Samiri pula. Harun berusaha keras untuk mengembalikan mereka dari kesesatan yang nyata itu dengan bersusah payah, serta bersedih hati dan cemas. Berkata Harun kepada mereka: Hai kaumku, engkau telah difitnah dengan adanya patung itu. Tuhanmu yang sebenarnya adalah al-Rahman, ikutlah akan kataku dan taatilah perintahku.
Kata kata Harun ini mereka jawab: Kami tidak akan berhenti menyembahnya, sampai datangnya Musa kembali kepada kami.
Harun berusaha keras menenangkan suasana yang mulai kacau, lebih lebih lagi terhadap orang yang belum tersesat, yang masih tetap berpegang kepada ajaran yang benar, agar mereka jangan tersesat pula. Harun mulai khuatir, kalau kalau timbul kekacauan dan pertempuran antara yang tersesat dengan yang taat.
Kepada Musa yang masih bertekun di hadapan Tuhannya, segera diwahyukan Tuhan kepadanya, tentang keadaan yang telah terjadi di kalangan kaum yang ditinggalkannya itu. Diberitahukan pula oleh Tuhan, bahawa kaumnya yang ditinggalkannya hanya selama empat puluh hari itu, sudah dapat disesatkan olah seorang yang bernama Samiri.
Sesudah selesai pertekunan Musa di hadapan Tuhannya, dia segera kembali mendapatkan kaumnya, Mereka yang tersesat itu, didapati Musa. sedang menari nari di keliling patung yang mereka sembah itu, dengan suaranya yang hiruk pikuk, tanda bergembira mempunyai tuhan yang baru.
Hati Musa mulai marah, mukanya merah padam, terus menuju menemui Harun. Dipegangnya kepala dan janggut Harun, lalu ditariknya kepadanya dan berkata: Kenapa engkau biarkan saja mereka sesat begini rupa, mengapa tidak engkau jalankan apa yang sudah kuperintahkan, tidak engkau padamkan api yang sedang menyala yang menimbulkan kejahatan dan kekafiran itu? Dengan mengeluh dan penyesalannya, Harun berusaha menenangkan hati Musa, agar kembali lunak serta menaruh kasihan terhadapnya dengan berkata:
Hai anak ibuku sendiri, janganlah engkau menarik kepala dan janggutku dahulu, mereka begitu banyak sedangkan aku seorang diri; hampir saja aku dibunuh olah mereka. Janganlah engkau bertindak terhadapku sebagai tindakanmu terhadap kaum yang sesat itu. Saya takut mengambil tindakan kekerasan terhadap mereka, kalau mereka sudah tidak menghiraukan kata kataku lagi dan pula saya takut kalau kalau akan menimbulkan perpecahan yang sangat buruk.
Mendengar itu, kemarahan Musa mulai berkurang, mulailah ia berkata kata dengan tenang, segera dihampirinya pengkhianat yang telah menyebarkan fitnah besar itu, lalu berkata: Apakah maksudmu dengan cara ini, ya Samiri?
Maka menjawablah. Samiri: Saya mendapat akal yang tidak diperoleh mereka. Aku ambil se kepal tanah bekas jejak Rasul, lalu aku tiup dengan kepandaian sihirku, kerana demikianlah yang disenangi oleh nafsuku.
Kepada orang banyak yang sesat itu, lalu Musa berkata:
Apakah kamu menyalahi janjimu itu?
Mereka segera menjawab: Kami menyalahi janji itu bukan kehendak kami sendiri, tetapi kami sengaja disesatkan oleh Samiri yang telah membuat patung berupakan sapi kecil dan pandai bersuara, maka itulah kami tersesat dari jalan yang benar.
Akhirnya mereka menyesali akan kesesatannya dan meminta agar kepada mereka itu diberikan keampunan dengan berkata: Kalau kiranya Tuhan tidak mengasihi kami dan tidak memberi keampunan kepada kami, sungguh kamilah orang yang rugi.
Berkata pula Musa: Tetapi kamu sendiri telah berbuat kesalahan, dengan menjadikan patung itu sebagai tuhanmu !
Segera mereka menjawab: Apakah daya kami sekarang ini, wahai Musa?
Bertaubatlah kamu kepada Tuhanmu, jawab Musa.
Tetapi dengan cara bagaimanakah taubat yang dikehendaki Allah itu? tanya mereka pula.
Musa lalu menanyakan kepada Tuhan, bagaimanakah caranya mereka harus bertaubat. Setelah didapatinya wahyu Tuhan, lalu Musa berkata kepada mereka: Kamu bertaubat kepada Tuhan, dengan cara membunuh dirimu sendiri, pasti Tuhan akan memberi taubat kepadamu, kerana Tuhan itu adalah Pemberi taubat lagi Pengasih.
Mereka yang telah tersesat itupun tunduk kepada ajaran Nabi Musa, segera mereka bertaubat dan membunuh dirinya masing masing dan Tuhan pun memberi ampun atas pertaubatan mereka itu. Tetapi Samiri sendiri tidak mahu menjalankan taubat yang telah diperintahkan Tuhan itu. Dia tetap hidup, namun tak seorang juga manusia yang diperbolehkan bergaul dengan dia selama hidupnya itu. Umurnya dipanjangkan Tuhan, dengan maksud untuk memberikan seksa kepadanya di dunia ini. Akhirnya dia tetap akan mati, kemudian dia akan diseksa oleh Allah pula di akhirat dengan seksaan yang lebih berat lagi.
Patung yang berupakan sapi kecil itu, dibakar oleh Musa dan dilemparkan ke dalam laut, Dengan ini berakhirlah kesesatan dan kekacauan yang ditimbulkannya itu.
BANI ISRAEL SESAT DAN ENGKAR LAGI
Di zaman itu sungguh tidak ada satu bangsa di dunia ini yang paling banyak menerima rahmat dan nikmat serta tuntunan dari Allah, selain bangsa Bani Israel itu. Bukan hanya nikmat yang berupakan hasil bumi dan binatang ternakan serta kekayaan alam saja, tetapi pula kekuasaan, kepintaran dan sebagainya. Lebih lebih lagi rahmat Tuhan yang telah melepaskan mereka dari beberapa seksaan atas diri mereka, ketika mereka berada di Mesir, di bawah jajahan Firaun. Mereka dilepaskan dan dimerdekakan Tuhan dari kehinaan dan ketakutan di bawah pimpinan Nabi Musa dan Harun. Mereka disesatkan oleh Samiri, kemudian dibetulkan Allah dan diampuni dosa mereka. Begitu pula sewaktu mereka terkepung oleh tentera Firaun sampai terdesak ke laut, maka dibentangkan Allah jalan raya di atas lautan itu, lalu Allah menghancurkan Firaun serta tenteranya di hadapan mata kepala mereka sendiri, agar mereka dapat hidup aman di atas bumi ini. Kepada mereka diturunkan Tuhan makanan dari langit, yang berupakan Manna dan Salwa, ketika mereka sedang berada ditengah tengah padang pasir di mana tidak ada makanan dan minuman. Kalau tidak demikian, sudah pasti mereka akan mati kelaparan di tengah padang pasir yang panas terik itu.
Lebih besar dan hebat lagi rahmat dan nikmat Tuhan kepada Bani Israel, kerana Bangsa Israellah yang diangkat Tuhan menjadi orang orang yang mulia, menjadi Nabi dan Rasul yang besar, untuk memimpin mereka, mengeluarkan dari lembah kebodohan, kesesatan dan kesengsaraan, menjadi bangsa yang maju dan bangsa yang memimpin.
Berulang kali nikmat dan rahmat itu silih berganti diturunkan Tuhan kepada mereka, berulang kali pula mereka silih berganti sesat dan menderhaka akan ajaran Allah. Sungguhpun begitu, Allah masih memberikan juga ampunan kepada mereka, berkat doa dari para Nabi dan Rasul mereka.
Untuk menyempurnakan rahmat dan nikmat Tuhan terhadap mereka, telah disediakan Allah sebuah negeri yang dinamakan negeri suci, iaitu Syria yang sekarang ini. Di situlah mereka akan hidup aman dan tenteram, serta bahagia, berkuasa dan tidak dikuasai bangsa lain. Maka diperintahkan oleh Tuhan, agar mereka di bawah pimpinan Musa segera memasuki negeri yang sudah disediakan Allah, untuk tempat tinggal mereka. Ini adalah suatu perintah Tuhan yang wajib ditaatinya bersama sama dengan Nabi Musa dan Harun.
Perintah ini disampaikan Nabi Musa kepada mereka itu:
Masuklah kamu ke tanah suci Syria yang telah diwajibkan oleh Allah atasmu. Janganlah kamu mundur ke belakang, kerana merasa takut untuk melawan musuhmu yang sedang berkuasa di negeri itu. Jika ternyata kamu mundur, sungguh kamu ini adalah orang orang yang rugi.
Tetapi kerana mereka mengetahui bahawa di dalam negeri itu berdiam orang orang yang kuat dan berani, maka untuk menghindarkan dirinya dari pertempuran, sebab takut mati, perintah Allah itu mereka tampik, serta mereka menjawab kepada Musa:
Hai Musa, sesungguhnya di dalam negeri ini berdiam beberapa orang yang gagah berani, Kami tidak akan berani memasukinya, sebelum mereka yang gagah berani itu keluar dari sana. Jika mereka sudah keluar dari sana, baru kami berani masuk ke dalamnya.
Mendengar jawapan dan sanggahan mereka itu, Musa dan Harun yang merasa takut akan ditariknya kembali nikmat dan rahmat yang telah dijanjikan Tuhan itu, berkata kepada kaum yang sudah mulai pandai menyanggah itu: Masukilah olehmu negeri itu dari pintunya. Dengan jalan begitu, bila kamu masuk ke dalamnya, kamu akan dapat mengalahkan mereka. Hendaklah kamu menyerahkan dirimu kepada Allah, sekiranya kamu benar benar orang yang beriman!
Mereka menjawab pula: Ya Musa, sekali kali kami tidak akan memasuki negeri itu, sebelum mereka keluar. Sebab itu hendaklah engkau saja yang masuk lebih dahulu ke dalam negeri itu bersama Tuhanmu. Maka berperanglah engkau dan Tuhanmu dengan mereka itu, kami duduk menanti di sini.
Rupanya sanggahan mereka itu sudah tidak dapat tawar menawar lagi, walaupun bagaimana juga usaha Nabi Musa dan Harun menganjurkan mereka, agar tunduk terhadap perintah Tuhan untuk memasuki negeri itu. Mereka tetap menolaknya, bahkan menyanggahnya dengan kata kata kekafiran lagi. Akhirnya harapan Musa dan Harun mulai tipis, kerana Musa dan Harun tidak akan menjalankan paksaan terhadap mereka, hanya diserahkan kembali urusan ini kepada Tuhan, sambil berkata:
Ya Tuhanku, sesungguhnya saya tidak dapat memaksa mereka, selain dapat memaksa diri saya sendiri bersama diri saudara saya Nabi Harun. Sebab itu ceraikanlah antara kami berdua dengan orang orang yang engkar dan fasik itu.
Dengan kejadian ini, maka turunlah firman Allah yang menghukum mereka: Sesungguhnya tanah suci itu diharamkan bagi mereka untuk memasukinya selama empat puluh tahun, sedang mereka akan bergelandangan hidupnya di bumi ini dengan kesesatan. Sebab itu (hai Musa) janganlah engkau berdukacita terhadap orang orang yang fasik itu. Benar saja, dalam empat puluh tahun lamanya, mereka tidak keruan tujuan hidupnya di bumi ini, tidak menentu apa yang harus mereka perbuat, tidak menentu pula makan dan minumnya. Dalam masa empat puluh tahun itu, boleh dikatakan kesemuanya yang menjadi biang keladi keingkaran dan kesesatan ini, begitu pula pembesar pembesar turut musnah semuanya, kini tinggallah anak anak dan keturunan mereka saja. Dari keturunan inilah kemudian ada yang baik dan ada pula yang sesat.
Yang baik di antaranya, tetap mengikuti ajaran Nabi mereka dan yang sesat, terus menerus terusir dari sebuah negeri ke negeri lain. Pengusiran ini dialami mereka bukanlah selama empat puluh tahun saja, tetapi sampai dalam abad kedua puluh ini masih juga dialaminya.
PERISTIWA SAPI
Di kalangan Bani Israel di kala itu ada seorang yang sudah tua umurnya dan telah dapat merasakan sendiri, bahawa dalam waktu yang tidak lama lagi, dia akan meninggalkan dunia yang fana ini. Orang tua itu adalah orang tua yang soleh, tidak menghiraukan kekayaan dunia, sehingga kehidupannya boleh di katakan sederhana sekali, tidak ada yang dipunyainya, kecuali seorang anaknya yang masih muda dan se ekor sapi yang sangat dicintainya.
Setelah terasa olehnya, bahawa ajalnya sudah dekat, lalu anaknya itu dipanggil. Dia berkata dan berwasiat terhadap anaknya: Anakku, aku akan pergi meninggalkan engkau untuk selama lamanya dan engkau akan tinggal sendirian menjadi yatim piatu, kerana ibumu sudah meninggal lebih dahulu. Tidak ada pula peninggalanku untukmu, kecuali sapi se ekor. Peliharalah sapi itu sampai besar. Aku doakan kepada Tuhan, agar hidupmu mendapat perlindunganNya.
Setelah orang tua itu meninggal dunia, maka tinggallah anak itu seorang diri dengan se ekor sapi itu, sebagai harta pusaka peninggalan bapanya. Sapi itu sesuai dengan wasiat bapanya, dijaganya baik dengan selalu ia memohon pertolongan serta perlindungan dari Allah s.w.t.
Tidak jauh dari tempat itu, di kalangan Bani Israel itu juga, terdapat pula orang tua. Berbeza dengan orang tua yang sudah meninggal dunia itu, kerana orang tua ini adalah orang yang kaya raya, mempunyai harta benda yang amat banyak, yang tidak ada tolok bandingannya dalam masyarakat di kala itu.
Orang ini pun hanya mempunyai seorang anak pula. Kepadanyalah semua harta benda peninggalan (pusaka) itu harus diserahkan, bila bapanya itu sudah meninggal dunia nanti. Tetapi orang tua itu mempunyai beberapa orang anak saudara dan famili pula, yang kesemuanya menginginkan harta yang akan ditinggalkan itu. Namun menurut aturan ketika itu, selama ada anak, orang lain walaupun siapa saja tidak mendapat bahagian dari harta peninggalan itu. Akhirnya timbullah nafsu dan fikiran jahat dalam hati mereka, untuk mendapatkan harta sebanyak itu. Mereka semuafakat akan membunuh anak yang berhak itu dan kemudian mereka akan berlepas diri tentang pembunuhan ini, akan menuntut kepada Musa untuk menghukum pembunuhnya. Akal busuk ini segera dijalankan dengan teratur sekali, sehingga tidak seorang juga yang dapat mengetahui rahsianya.
Begitulah, dengan cara yang sangat teliti sekali, pembunuhan terhadap anak itu mereka lakukan, sehingga seorang manusia pun tidak ada yang mengetahuinya, siapa sebenarnya yang menjadi pembunuhnya. Keesokan harinya dengan berpura pura sedih dan dalam keadaan berkabung atas kematian sepupunya yang tercinta itu mereka bersama sama datang ke tempat Musa untuk mengadukan pembunuhan kejam itu agar dapat menutupi kejahatan yang mereka lakukan sendiri. Malah mereka menuntut kepada Nabi Musa; agar pembunuhnya segera ditangkap dan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya.
Walau bagaimanapun Musa menyelidiki kejadian yang gelap ini, masalahnya masih tetap gelap juga, tidak dapat diketahuinya, siapa sebenarnya yang menjadi pembunuhnya. Akhirnya Nabi Musa mendoa kepada Allah tentang masalah gelap ini. Allah lalu memerintahkan kepada Musa, agar kepada semua orang yang datang mengadu itu, diwajibkan menyembelih se ekor sapi dan dengan sapi yang disembelih itu, Musa diperintahkan Tuhan untuk memukul orang yang sudah mati terbunuh itu. Dengan cara ini orang yang sudah mati itu akan hidup kembali dan dapat menceritakan sendiri siapa yang telah membunuhnya. Lalu Musa memerintahkan kepada mereka itu untuk menyembelih se ekor sapi.
Sungguh ganjil sekali perintah itu menurut pandangan mereka, sebab tidak ada hubungannya dengan tuntutannya. Mereka berkata: Apakah engkau hendak mempermainkan kami? Dengan tegas dijawab oleh Nabi Musa: Aku berlindung diri kepada Allah, bahawa aku akan menjadi orang bodoh.
Entah kerana masih belum percaya, entah kerana engkar terhadap perintah ini, mereka menjawab lagi kepada Musa:
Tanyakan kepada Tuhanmu, sapi yang bagaimanakah yang dimaksudkan Tuhan itu?
Musa kembali mendoa dan bertanya kepada Tuhan, sapi yang bagaimanakah yang dimaksudkan Tuhan dalam perintah itu. Setelah Tuhan menerangkan keadaan sapi yang dimaksudkan itu, lalu Nabi Musa menyampaikan keterangan Tuhan itu kepada mereka dengan berkata: Tuhan mengatakan, sapi itu adalah sapi yang tidak tua dan tidak pula muda, iaitu pertengahan antara tua dan muda. Kerjakanlah apa yang diperintahkan Tuhan itu!
Kembali mereka meminta, agar Nabi Musa kembali mendoa dan bertanya kepada Tuhan, tentang bagaimana warna sapi yang dimaksudkan itu. Setelah Nabi Musa mendoa dan bertanya kembali kepada Tuhan, maka diterangkan Tuhan tentang warna sapi itu, lalu oleh Nabi Musa disampaikan pula kepada mereka: Bahawa Tuhan berkata, iaitu sapi yang berwarna kuning dengan warna yang cemerlang dan dapat menggembirakan orang yang melihatnya.
Dengan jawapan ini, mereka masih bertanya lagi dengan menyatakan, bahawa mereka masih ragu ragu, ia minta supaya Nabi Musa berdoa dan bertanyakan kepada Tuhan sekali lagi, yang bagaimana yang benar benar dimaksudkan oleh Tuhan itu. Musa mendoa dan bertanya lagi kepada Tuhan, serta mendapat jawapan pula. Segera Musa menyampaikan apa yang diterangkan Tuhan itu kepada mereka: Iaitu sapi yang tidak jinak untuk dipergunakan membajak sawah dan pengangkut air dan harus yang bersih, tidak ada belang warnanya sedikit juga.
Dengan pertanyaan yang terus menerus terhadap apa yang mula mula diperintahkan Tuhan terhadap mereka, akhirnya mereka diharuskan mencari sapi yang banyak sekali syarat syaratnya. Beberapa hari lamanya mereka berjalan ke sana ke mari untuk mencari sapi sebagai yang diterangkan itu, tetapi tidak mereka dapati. Sulit sekali mencari sapi yang berwarna kuning serta cemerlang, apa lagi harus bersih yang tidak ada belangnya sama sekali, ditambah pula harus yang tidak jinak, sedangkan umumnya sapi sudah biasa dipergunakan orang untuk membajak atau mengangkut air.
Sesudah bersusah payah mencarinya, akhirnya mereka menjumpai juga se ekor sapi yang memenuhi syarat syarat yang ditentukan itu, iaitu se ekor sapi pusaka yang diwariskan oleh orang tua soleh kepada anaknya yang masih kecil serta yatim piatu, sebagaimana diterangkan terdahulu. Oleh kerana sapi ini sapi pusaka yang dipelihara dengan pemeliharaan yang luar biasa pula, maka anak ini tidak mahu dan tidak mempunyai keinginan sama sekali untuk menjualnya, apa lagi sapinya itu akan dibeli orang untuk disembelih pula.
Tetapi kerana ini adalah perintah Allah, maka dengan cara yang bagaimana juga sapi itu harus mereka peroleh. Akhirnya kerana untuk keperluan menjalankan perintah Allah, anak itu pun rela juga menjual sapinya, tetapi harus dibeli dengan harga yang setinggi tingginya, kerana memang hanya sapi yang se ekor itulah kekayaannya di atas dunia ini.
Setelah sapi itu mereka beli, lalu disembelihnyalah, lidahnya segera diambil oleh Nabi Musa, lalu menuju ke tempat orang yang mati terbunuh itu yang sudah lama dikuburkan. Setelah disuruhnya membongkar kuburan itu, mayat itu pun lalu dipukul oleh Nabi Musa dengan lidah sapi, mayat itu pun hidup kembali. Maka ditanyakan kepadanya, siapa yang membunuhnya mayat itu ditunjukkan bahawa yang membunuhnya adalah mereka yang datang mengadu kepada Musa itu. Dengan kejadian ini, terbukalah rahsia selama ini dan tersimpul pula berbagai bagai pengajaran dan peringatan yang sangat tinggi nilai serta harganya, untuk orang orang yang percaya kepada Tuhan.
QARUN
Qarun ini termasuk keluarga yang terdekat pula kepada Nabi Musa a.s. Kepada Qarun ini, Allah telah memberikan harta kekayaan yang banyak sekali, yang tidak ada tolok bandingnya di seluruh dunia ini, sehingga kalau anak kunci gudang gudang tempat menumpuk harta Qarun itu dikumpulkan semuanya, maka tidak ada seorang pun yang bagaimana juga kuatnya, yang dapat memikul anak anak kunci itu.
Kalau anak kunci gudangnya sudah sebegitu banyak dan beratnya, dapatlah kita kirakan sendiri berapa banyak gudangnya, berapa jumlah harta kekayaan yang ada padanya dan yang dikuasai oleh Qarun itu.
Dengan harta yang banyak itu, bukan main senang dan bahagianya hidup si Qarun itu. Rumahnya dibuat sebesar besarnya dan sebagus bagusnya, pakaiannya dari yang paling bagus dan mahal harganya. Banyak khadamnya yang bekerja untuk melayani keperluannya, banyak pula budak yang dibelinye, untuk dijadikan pelayan dan hiasan gadungnya.
Sungguh harta benda den kekayaan itu, sejak dahulu sudah menjadi perhiasan hidup di dunia, yang menjadi pusat segala kebahagiaan den kegirangan. Tetapi kerana harta dan kekayaan yang banyak itu pulalah di antara orang yang dianugerahi harta itu, menjadi manusia yang sombong dan jahat perangainya, menjadi orang yang angkuh lagi bertambah aniaya, bukan bertambah baik dan pengasihani.
Dengan harta yang banyak itu, dia bukan menolong memperbaiki dan menolong nasib orang orang yang miskin, tetapi malah memaksa dan mencelakakan mereka yang miskin itu, memperbudak mereka serta memeras tenaganya, sampai tinggal kulit pembalut tulang saja.
Demikian pulalah halnya si Qarun ini. Sudah dapat hidup senang dengan hartanya, dia ingin mencelakakan orang yang tidak berharta den hidup melarat. Dia merasa berkuasa dengan kekuasaan yang tidak terbatas, kekuasaan yang dipergunakannya untuk menekan den memeras, pula untuk mencelaka serta merosakkan.
Tuhan memerintahkan kita untuk menuntut kekayaan dan kesenangan yang ada di dunia ini, tetapi jangan sekali kali lupa akan nasib kita di akhirat nanti. Tetapi Qarun hanya dunia saja yang menjadi arah tujuan hidupnya, dia tidak mengenal Tuhan, apalagi akan percaya dengan akhirat. Tuhan memerintahkan agar jangan berbuat kerusakan di muka bumi ini, tetapi Qarun segala kerjanya hanya untuk merusak semata.
Kepada Qarun pun dengan perantaraan Nabi Musa, diperintahkan Allah untuk berbuat kebaikan, tetapi perintah ini dijawab oleh Qarun dengan sombong sekali:
Saya peroleh harta benda ini, dengan tenaga den ilmu pengetahuan saya sendiri. Qarun lupa, bahawa Allah telah merusakkan tidak sedikit orang orang dan bangsa bangsa yang kaya raya dan kuat serta barkuasa. Qarun acapkali keluar memperlihatkan kesenangan hidup dan kekayaannya kepada orang sekampungnya. Dengan perbuatan ini, banyak orang yang bercita cita untuk menjadi kaya raya seperti dia pula: Alangkah baiknya kalau saya beroleh kekayaan seperti yang diperoleh Qarun itu, kata mereka.
Orang orang yang berilmu dan suci serta beriman kepada Allah sama berkata: Pahala dari Allah lebih baik dari harta sebanyak itu. Tetapi kata kata mereka ini tidak diacuhkan oleh orang banyak, sedikit sekali orang yang dapat memahamkannya, iaitu golongan orang orang yang beriman dan bersabar saja.
Qarun semakin giat menambah harta dan kekayaannya, semakin jahat juga terhadap orang orang sekampungnya itu, semakin sombong dan angkuhnya. Kerana sudah keterlaluan dan menyolok mata akan kesombongan dan kejahatannya, maka banyak orang orang yang beriman sama menasihatinya, agar dia jangan terlalu gembira dan sombong dengan harta kekayaannya: Kami bukan irihati melihat kekayaanmu dan tidak pula melarangmu berbahagia, senang serta bergembira dengan hartamu itu, tetapi kami hanya menasihatkan, agar carilah olehmu jalan yang halal saja menambah hartamu itu dan pakailah harta itu dengan baik. Bila dapat, tolonglah orang orang yang melarat dan miskin dengan sebahagian saja dari hartamu itu. Berbuat baiklah engkau terhadap mereka, sebagaimana Allah telah berbuat baik terhadapmu. Dengan jalan begitu, mudah mudahan Tuhan akan menambah berlipat kali ganda hartamu itu, dengan segala berkat dan rahmatNya.
Segala nasihat itu jangankan didengar dan dijalankan, malah Qarun menghina orang yang menasihatinya sebaik itu. Dia menyombongkan diri dan memerahkan muka serta matanya, sambil menjawab: Saya tidak memerlukan nasihat dari kamu sekelian. Tanpa nasihatmu pun saya dapat hidup senang dan berbahagia. Seya lebih ahli daripada kamu sekalian, akal saya lebih pintar. Saya manjadi kaya ini, adalah suatu tanda bahawa saya lebih pintar dari kamu. Malah sayalah sebenarnya yang lebih berhak menasihati kepadamu sekalian !
Sebagai jawapan pula terhadap nasihat yang baik itu, pada suatu hari Qarun keluar dengan pakaian dan perhiasannya yang serba mahal harganya, ia menuju khalayak ramai, diiringi oleh pengiring pengiring dan budak budaknya yang tidak terhingga banyaknya itu.
Seluruh orang kampung itu, yang terdiri dari kaum fakir miskin dan melarat, sama keluar menyaksikan akan kekayaan Qarun itu, untuk menontonnya. Dengan keluhan dan bersedih hati, banyak di antara mereka yang melarat itu sama berkata satu sama lain: Alangkah bahagianya Qarun dan alangkah sengsaranya kita ini.
Dengan wahyu Allah, Nabi Musa lalu mengumumkan kewajiban berzakat bagi orang yang kaya, untuk dibahagi bahagikan kepada orang orang yang melarat dan sengsara. Perintah Tuhan ini pun disampaikan pula oleh Musa kepada Qarun.
Dengan mengejek dan berolok, Qarun menolak perintah ini:
Ada ada saja perintah Tuhan Musa ini, kata Qarun di hadapan Nabi Musa.
Musa lalu menjawab: Ini adalah perintah Allah, hai Qarun, saya sampaikan kepadamu, kerana Allah telah menetapkan saya sebagai pesuruhNya !
Ah, ada ada saja akalmu untuk mambohongi saya. Mula mula engkau katakan tentang agama baru, kemudian engkau perintahkan mengeluarken zakat. Sungguh engkau ini seorang pembohong, kata Qarun kepada Musa mengengkari perintah Tuhan yang disampaikan kepadanya.
Sesudah berdebat lama dan tidak membawa hasil apa apa itu, lalu Qarun tampil ke hadapan orang banyak yang telah sama tunduk kepade ajaran Musa.
Musa itu orang yang irihati, kata Qarun kepada orang banyak, yang sebenarnya Musa itu menutup apa yang sebenarnya tersembunyi dalam hati kecilnya, untuk mendapat hartabenda. Musalah orang yang paling jauh dari agama dan ajaran Tuhan.
Semua perkataannya itu didengar Musa dengan kesabaran saja. Setelah Musa tidak mempunyai harapan lagi untuk memperbaiki pendirian Qarun yang sesat itu, lalu Musa menyerahkan urusan itu kepada Allah kembali, dengan sepatah doa agar janganlah hendaknye manusia banyak itu dapat disesatkan kembali oleh ucapan Qarun dan oleh harta kekayaan dunia ini.
Doa Nabi Musa ini dikabulkan oleh Tuhan. Tanah sekitar istana dan gudang gudang kekayaan Qarun itu mulai bergarak, lalu pecah, akhirnya tenggelam ke dalam perut bumi, bersama dengan istana, gudang dan Qarunnya sekali.
Tidak seorang juga khadam khadamnya yang dapat menolongnya dan tidak seorang pula dari orang orang kampungnya yang ingin memberikan pertolongan kepadanya.
Dengan demikian tamatlah riwayat Qarun dan segala harta kekayaannya yang melimpah ruah itu.
Melihat kejadian yang hebat itu, maka orang orang yang melarat di kampung itu, sama menyesal atas keinginan dan doanya, agar menjadi orang kaya saperti Qarun itu. Mereka sama berkata: Kalau tidak kerana Allah, tentu kita ini sekaliannya akan musnah ditelan bumi, saperti yang terjadi atas diri si Qarun itu.
Sumber
0 komentar:
Posting Komentar